Questions? +1 (202) 335-3939 Login
Trusted News Since 1995
A service for energy industry professionals · Sunday, June 8, 2025 · 820,277,223 Articles · 3+ Million Readers

AI-Media Mentakrifkan Semula Kebolehcapaian Global dengan LEXI Voice di InfoComm 2025

Reruai #5389 + Studio TV AVIXA: Rasai Pengalaman Penterjemahan Berbilang Bahasa Berskala Besar Dalam Masa Nyata 

/EIN News/ -- NEW YORK, June 09, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- AI-Media (ASX: AIM), sebuah syarikat peneraju global dalam penyelesaian bahasa dikuasakan AI, akan memperkenalkan platform LEXI VOICE yang mampu menjadi pengubah keadaan atau "game changer" di InfoComm 2025., sekaligus menjadi penanda aras baharu bagi kebolehcapaian berbilang bahasa secara langsung. Para hadirin boleh mengunjungi Reruai #5389 atau menonton melalui AVIXA TV Studio untuk menyaksikan demonstrasi LEXI VOICE melakukan penterjemahan serta-merta kandungan pertuturan menjadi audio yang kedengaran semula jadi kepada lebih 100 bahasa. Keupayaan ini bakal mentakrifkan semula cara dunia berhubung. 

Berikutan pelancaran yang mendapat sambutan hangat di NAB Show 2025, LEXI VOICE menggabungkan kapsyen langsung, terjemahan berasaskan AI dan sintesis suara menyerupai manusia yang berketepatan tinggi untuk menyampaikan output berbilang yang lancar secara serentak dalam masa nyata. Sama ada digunakan untuk sidang kemuncak global, siaran langsung, perhimpunan korporat atau taklimat kerajaan, LEXI VOICE membolehkan pencipta kandungan mengatasi halangan bahasa dan memperluas keterangkuman tanpa menambah kerumitan. 

“Apabila teknologi audio visual berpadu dengan bidang penyiaran, LEXI VOICE muncul sebagai enjin pertumbuhan yang berkuasa dan bukan sekadar alat pematuhan,” kata Tony Abrahams, Ketua Pegawai Eksekutif AI-Media. “InfoComm menjadi medan terbaik untuk menyaksikan teknologi kami bukan sekadar menterjemah, malah merubah dunia komunikasi.” 

Siaran TV AVIXA Dalam Tiga Bahasa - Dikuasakan oleh LEXI 

AI-Media berbesar hati mengumumkan kerjasama dengan AVIXA TV Studio (Reruai #7861) untuk menerbitkan siaran langsung dalam tiga bahasa buat julung kalinya, iaitu ke bahasa Inggeris, Sepanyol dan Jerman. Dikuasakan oleh LEXI VOICE, LEXI TEXT dan LEXI TRANSLATE, penerbitan ini menggunakan aliran kerja berasaskan awan sepenuhnya, dengan kerjasama AWS, Ross Video dan rakan kerjasama yang lain untuk mendemonstrasikan cara kebolehcapaian dalam masa nyata dan boleh skala kini boleh dilakukan bagi sebarang audio visual atau acara penyiaran. 

Terokai Pakej Lengkap LEXI di InfoComm 2025 

Di Reruai #5389, jelajahi ekosistem lengkap LEXI yang direka khusus untuk era komunikasi hibrid masa kini: 

  • LEXI VOICE – Terjemahan suara berbilang bahasa secara masa nyata dengan output audio yang menyerupai suara manusia untuk berinteraksi dengan khalayak yang berada di mana-mana sahaja. 
  • TEKS LEXI – Pencapsyen AI berlatensi rendah dan berketepatan tinggi untuk acara langsung dan hibrid. 
  • LEXI TRANSLATE – Terjemahan kapsyen dikuasakan AI untuk memperluas kebolehcapaian kepada khalayak di seluruh dunia. 

Tempah mesyuarat di tapak acara atau dalam talian untuk melihat cara LEXI boleh meningkatkan strategi komunikasi anda dengan khalayak di seluruh dunia.

Perihal AI-Media  

AI-Media (ASX: AIM) yang ditubuhkan di Australia pada tahun 2003 merupakan penginovasi global dalam kapsyen, terjemahan dan kebolehcapaian suara yang dikuasakan AI. Dengan operasi di lebih 25 negara, AI-Media menyampaikan automasi, skalabiliti dan ketepatan yang tiada tandingan melalui ekosistem hujung ke hujung, termasuklah LEXI, iCap, Alta, Encoder Pro dan LEXI Toolkit. Pencapaian terbaru AI-Media, iaitu LEXI VOICE, mengubah cara kandungan langsung disampaikan dan digunakan, yang mengubah kebolehcapaian menjadi kelebihan strategik bagi penyiar, perniagaan dan penerbit kandungan di seluruh dunia.

Foto yang mengiringi pengumuman ini boleh didapati di https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/26787c4f-0edc-4d9e-8cf7-840f13bb85e9


Hubungan Media
                    Fiona Habben
                    Ketua Pemasaran Global
                    fiona.habben@ai-media.tv 

Primary Logo

Powered by EIN News

Distribution channels: Culture, Society & Lifestyle, Technology ...

Legal Disclaimer:

EIN Presswire provides this news content "as is" without warranty of any kind. We do not accept any responsibility or liability for the accuracy, content, images, videos, licenses, completeness, legality, or reliability of the information contained in this article. If you have any complaints or copyright issues related to this article, kindly contact the author above.

Submit your press release